PRIVACY NOTICE

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (APDP)

KEBENARAN UNTUK MENGGUNAKAN, MENYIMPAN, MEMPROSES,
MEMBEKAL DAN/ATAU MENDEDAHKAN DATA/MAKLUMAT PERIBADI

SIME DARBY BRUNSFIELD DAMANSARA SDN BHD dan syarikat berkaitan/bersekutunya mengiktiraf tanggungjawab mereka di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan komited untuk memastikan data peribadi anda dilindungi.

Menurut APDP, kami memerlukan kerjasama anda untuk memaklumkan dan memberi persetujuan anda kepada kami terhadap penggunaan data peribadi anda untuk menjalankan, menyimpan, memproses, mengguna dan/atau membekalkan/mendedahkan maklumat untuk aktiviti-aktiviti kami seperti mengadakan program kesetiaan, mailer secara langsung, jemputan acara dan sebagainya.

  1. Tujuan notis ini adalah untuk menjelaskan bagaimana kami mengumpul maklumat peribadi anda, prosedur-prosedur yang kami sedia ada untuk menjaga privasi anda dan bagaimana anda boleh memberi arahan kepada kami jika anda memilih untuk menghadkan kegunaan maklumat tersebut. Malah, anda tidak wajib untuk memberi maklumat peribadi anda kepada kami untuk tujuan kami yang dinyatakan di sini kecuali untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di perkara 3(a), 3(c),3(e), 3(f) dan 4(b) di bawah, di mana kami tidak akan dapat melaksanakan perkara-perkara yang dinyatakan di dalam perenggan-perenggan tersebut.
  2. Data/Informasi yang dirujuk di sini adalah seperti berikut: -
    1. Nama, Kad Pengenalan/Paspot, nama syarikat, jawatan, tarikh lahir, umur, kaum, kewarganegaraan,status perkahwinan, pendapatan, informasi berkenaan dengan pelanggaran undang-undang atau dakwaan yang lalu dibawah undang-undang, perkhidmatan yang diberikan kepada anda dan mana-mana data peribadi yang diperlukan dan/atau dikehendaki bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan diatas
    2. maklumat hubungan termasuk alamat, nombor telefon dan alamat e-mel
    3. maklumat peribadi/kewangan seperti Borang EA, slip gaji, penyata akaun KWSP dan penyata akaun bank, dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan
    4. CCTV/perakaman keselamatan dan penjejakan lokasi /maklum GPS
    5. maklumat lain yang berkaitan dengan pembelian hartanah
  3. SIME DARBY BRUNSFIELD DAMANSARA SDN BHD dan syarikat berkaitan/bersekutunya akan menggunakan maklumat peribadi anda (iaitu maklumat peribadi yang kami terima secara langsung daripada anda ataupun daripada pihak ketiga, seperti agen perujukan kewangan, atau maklumat yang kami terima hasil daripada hubungan kami untuk tujuan-tujuan di bawah iaitu:-
    1. dalam semua perkara mengenai pembelian oleh anda hartanah yang dinyatakan dalam surat tawaran membeli / borang tempahan anda termasuk tetapi tidak terhad kepada semua perkara yang diperlukan untuk memberi kesan kepada pelaksanaan suatu perjanjian jual beli dan surat ikatan perjanjian bersama yang rasmi di antara kami bersama yang berkaitan dengan pembelian hartanah tersebut oleh anda (“Perjanjian Jual Beli” dan Surat Ikatan Perjanjian Bersama”), untuk memberi kesan kepada pemilikan hartanah tersebut menurut syarat-syarat Perjanjian Jual Beli dan juga untuk membantu pelaksanaan kesemua obligasi yang tertera di dalam Perjanjian Jual Beli dan Surat Ikatan Perjanjian Bersama supaya dapat disempurnakan/di kuatkuasakan
    2. untuk analisis
    3. untuk simpanan rekod kami, penyelenggaraan dan kemaskini rekod pembeli-pembeli
    4. untuk tujuan penghantaran notis-notis, informasi berkenaan projek-projek, produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami yang baru dan anda mempunyai piilhan untuk tidak menerima sebarang maklumat promosi pemasaran langsung daripada kami seperti yang dirujuk di perkara No. 7
    5. bagi pematuhan mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan projek-projek kami
    6. untuk perkhidmatan milikan kosong, penyerahan kunci, pengurusan hartanah, perkhidmatan pelanggan dan/atau kerja-kerja pembaikan
    7. untuk membantu anda dalam membuat permohonan kepada mana-mana bank/institusi kewangan bagi tujuan pembiayaan pembelian hartanah anda
    8. apa-apa transaksi komersial terkemudian yang berkaitan dengan projek-projek, produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami
  4. Kami juga akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berikut bagi membantu tujuan-tujuan kami yang dinyatakan di perenggan 2 di atas:-
    1. wakil kami, agen-agen, kontraktor-kontraktor, sub-kontraktor-kontraktor ,penilai-penilai, jurutera-jurutera, juru ukur-juru ukur, arkitek-arkitek, bank-bank/institusi-institusi kewangan, peguam, penasihat-penasihat undang-undang, syarikat-syarikat utiliti, pekerja-pekerja dan pembekal-pembekal servis pihak ketiga bagi membolehkan mereka untuk menyediakan servis-servis pentadbiran serta servis-servis lain untuk atau kepada anda/hartanah yang diperolehi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada semua perkara yang berkaitan dengan pembelian hartanah tersebut, semua perkara yang diperlukan untuk memberi kesan kepada pemilikan hartanah tersebut menurut syarat-syarat Perjanjian Jual Beli dan juga untuk memudahkan semua obligasi di bawah Perjanjian Jual Beli dan Surat Ikatan Perjanjian Bersama supaya dapat disempurnakan/diberi kuatkuasakan
    2. yang lain di mana pemberian maklumat adalah diwajibkan di sisi undang-undang, seperti agensi-agensi kerajaan dan badan-badan kawal selia untuk menunaikan kewajipan-kewajipan berkanun kami, atau untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang
    3. organisasi yang memperolehi semua atau sebahagian daripada aset-aset atau perniagaan-perniagaan kami
    4. badan pengurusan bersama yang relevan yang ditubuhkan di bawah Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 dan/atau perbadanan pengurusan yang ditubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 dan/atau peruntukan undang-undang lain yang berkenaan
    5. kepada agensi servis pelanggan kami untuk tujuan penyelidikan dan analisis bagi membolehkan kami memantau dan meningkatkan servis-servis yang kami memberi
    6. untuk tujuan pentadbiran dan analisis statistik
    7. pembekal-pembekal servis, agen-agen dan/atau kontraktor-kontraktor dari semasa ke semasa untuk membantu kami dalam penghantaran notis-notis, pembekalkan dan pemasaran produk-produk dan servis-servis kami kepada anda dan anda mempunyai pilihan untuk tidak menerima sebarang maklumat promosi pemasaran langsung daripada kami seperti yang dirujuk di perkara No. 6 di bawah
    8. agensi-agensi Kerajaan, pihak-pihak berkanun dan regulator industri
    9. ahli-ahli audit kami, para perunding, akauntan atau penasihat kewangan atau profesional kami yang lain
    10. mana-mana pihak lain yang SIME DARBY BRUNSFIELD DAMANSARA SDN BHD menganggap sesuai miskipun pihak tersebut adalah diluar Malaysia, untuk mana-mana tujuan seperti yang ternyata di atas
  5. Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda untuk suatu jangkamasa yang munasabah mengikut peruntukan undang-undang, untuk tujuan pentadbiran dan/atau perakaunan atau untuk melindungi kepentingan kami jika dianggap perlu.
  6. Kesemua maklumat peribadi yang dibekalkan hanya akan digunakan untuk perkara-perkara yang disebut di perenggan-perenggan 3 dan 4 di atas. Kami meletakkan kepentingan khas dalam memastikan sekuruti maklumat peribadi anda.
  7. Kami ingin berkongsi dengan anda maklumat pemasaran kami yang terkini melalui cara-cara berikut:-
    1. melalui sms
    2. melalui email
    3. melalui telefon
    4. melalui Mel-mel Elektronik Secara Langsung
    5. melalui surat berita atau mel surat berita
    6. melalui pos
    7. alat- alat/ saluran-saluran pemasaran yang lain (termasuk perkhidmatan media internet sosial)
  8. Jika anda tidak ingini pendedahan maklumat anda kepada pihak/kumpulan tertentu dan/atau anda tidak ingin menerima sebarang maklumat pemasaran langsung mengenai kami dan/atau pihak ketiga/ dan/atau membantah kepada cara penyebaran maklumat kepada anda seperti di atas, anda boleh membuat permohonan secara bertulis kepada kami di alamat atau nombor penghantaran faksimili dan tujukan kapada pegawai yang berkenaan, pada alamat tertera dibawah, atau pada mana-mana alamat atau nombor penghantaran faksimili atau pegawai yang lain seperti yang dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada alamat yang diberi di perkara 10 di bawah.
  9. 9. Menurut APDP:-
    1. anda mempunyai hak untuk meminta sesalinan maklumat peribadi anda yang disimpan oleh kami untuk memberikan anda akses kepada maklumat peribadi anda dengan syarat bahawa:-
      1. anda membuat permohonan secara bertulis kepada kami dialamatkan kepada alamat seperti di perkara 10 di bawah
      2. anda membekalkan bukti berkenaan dengan identiti dan alamat anda (contohnya; sesalinan kad pengenalan/paspot anda); dan
      3. anda menanggung yuran yang dikenakan untuk membekalkan maklumat peribadi kepada anda
    2. anda mempunyai hak untuk membetulkan ketidaktepatan data anda secara percuma. (Sila maklum bahawa anda bertanggungjawab memaklumkan kepada kami atas apa-apa perubahan kepada maklumat peribadi anda yang dibekalkan kepada kami dan untuk menentukan bahawa maklumat tersebut adalah tepat dan terkini) Pemindaan maklumat data peribadi anda dilaksanakan secara percuma. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila:-
      1. anda membuat permohonan secara bertulis kepada kami dialamatkan kepada alamat seperti di perkara 10 di bawah
      2. anda membekalkan bukti berkenaan dengan identiti dan alamat anda (contohnya; sesalinan kad pengenalan/paspot anda); dan
      3. anda menanggung yuran yang dikenakan untuk membekalkan maklumat peribadi kepada anda
    3. Kami boleh menggunakan budi bicara kami dalam membenarkan permohonan pindaan anda dan/atau mungkin memerlukan bukti dokumen-dokumen yang lain mengenai databaru anda untuk megelakkan penipuan dan ketidaktepatan .
    4. Anda mempunyai hak untuk meminta kami supaya berhenti atau tidak memproses maklumat peribadi anda bagi tujuan-tujuan pemasaran langsung. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila:-
      1. anda membuat permohonan secara bertulis kepada kami dialamatkan kepada alamat seperti di perkara 10 di bawah
      2. anda membekalkan bukti berkenaan dengan identiti dan alamat anda (contohnya; sesalinan kad pengenalan/paspot anda); dan
      3. anda menanggung yuran yang dikenakan untuk membekalkan maklumat peribadi kepada anda
  10. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun aduan mengenai maklumat peribadi anda, sila hubungi kami di:-
    • SIME DARBY BRUNSFIELD DAMANSARA SDN BHD
    • NO 8 JLN WAN KADIR 4
    • OFF JLN DAMANSARA
    • TAMAN TUN DR ISMAIL
    • 60000 KUALA LUMPUR
    • TEL : +603 7726 9898 FAX : +603 7726 8998
    • Email address : info@simedarbybrunsfield.com
  11. Dalam keadaan berlakunya sebarang percanggahan di antara Notis Perlindungan Data Peribadi ini dalam Bahasa Inggeris dan Notis Perlindungan Data Peribadi dalam Bahasa Malaysia yang sepadan dengannya, terma-terma Notis dalam Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
  12. Kami memelihara hak kami untuk meminda AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (APDP) dari masa ke semasa tanpa serbarang notis